Pada 2 Julai 2022, satu taklimat bersama dengan ibu bapa telah diadakan untuk bersama-sama membina kecemerlangan sekolah. Isu yang sedang dihadapi ialah :
- Penguasaan murid Iqra’ 1-3 masih ramai
- Murid tidak menguasai 2M
- Penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab belum mencapai sasaran sekolah.
Objektif program ialah memberi pendedahan kepada ibu bapa:
- Penggunaan aplikasi me12pay
- Peneguhan penguasaan bacaan Iqra’
- Memperkukuh kemahiran literasi Bahasa Melayu
- Memperkasa penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
Majlis telah dirasmikan oleh Lt Kol Zulkifi bin Hussen, Pegawai Staf Latih Jabatan Arah Pendidikan. Majlis juga telah dihadiri hampir 300 orang ibu-bapa. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa dalam menjayakan majlis ini.































